Hukum Air yang ada bangkai
Apakah Hukum Air yang ada bangkai binatang?
Hukum Air yang ada bangkai boleh jadi najis dan boleh jadi suci.
1. Menurut Imam Nawawi di dalam Al Majmuk , Syarah Al Muhazzab menaqalkan pendapat Sheikh Abu Muhammad yang mengatakan ia adalah suci sekiranya :
طاهر، لانه مجاور فاشبه الجيفة خارج الماء
Bermaksud hukum air tersebut ada suci kerana bangkai tersebut tidak nampak larut di dalam air, maka bangkai tersebut diserupakan berada diluar air.
2. Menurut para ulamak ia akan jadi najis sekiranya hukum air tersebut sedikit atau banyak seperti disebut oleh Imam Nawawi Rahimahullah Taala
Imam Syafie juga berpendapat bahawa air tesebut tetap najis kerana salah satu sifat air akan berubah bau,rasa atau warna.
Kesimpulan
Kami berpandangan air itu di maafkan sekiranya ia tidak merubah sifat air. Sekiranya ia berbau, atau berubah warna atau berubah rasa maka air itu dikira sebagai Najis.
Ulasan
Catat Ulasan