Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2020

Apakah Alat Yang digunakan untuk bersuci?

Apakah alat yang digunakan untuk bersuci pada pandangan ulamak dalam mazhab syafie? Alat yang digunakan untuk bersuci ada 4, ia adalah: 1. Air 2. Debu Tanah 3. Batu 4. Menyamak (menghilangkan sisa daging yang terdapat pada kulit bangkai haiwan Dalil menunjukkan kulit binatang yang telah disamak akan menjadi suci melalui sabdaan nabi saw:  اذا دبغ الاهاب فقد طهر  Apabila disamak kulit bangkai binatang maka ia akan suci . Hadis Riwayat Muslim

Cara Bersuci Menurut Mazhab Syafie

Cara bersuci menurut Islam melalui sisi pandang mazhab syafie ialah: 1. Berwudhuk Sama ada wudhuk itu wudhuk untuk melakukan ibadah, atau wudhuk sunnah seperti mengulang wudhuk sebelum batalnya wudhuk pertama. 2. Mandi Cara kedua untuk bersuci ialah dengan mandi sama ada ia mandi wajib atau mandi sunnah seperti mandi pada hari jumaat 3. Tayammum Cara bersuci yang seterusnya ialah dengan bertayammum samaada ia tayammum wajib seperti bertayammum daripada hadas atau tayammum sunnah seperti untuk membaca Al Quran 4. Menghilangkan Najis

Hukum Air yang ada bangkai

Apakah Hukum Air yang ada bangkai binatang? Hukum Air yang ada bangkai boleh jadi najis dan boleh jadi suci.  1. Menurut Imam Nawawi di dalam Al Majmuk , Syarah Al Muhazzab menaqalkan pendapat Sheikh Abu Muhammad yang mengatakan   ia adalah suci sekiranya :  طاهر، لانه مجاور فاشبه الجيفة خارج الماء  Bermaksud hukum air tersebut ada suci kerana bangkai tersebut tidak nampak larut di dalam air, maka bangkai tersebut diserupakan berada diluar air. 2. Menurut para ulamak ia akan jadi najis sekiranya  hukum air tersebut sedikit atau banyak seperti disebut oleh Imam Nawawi Rahimahullah Taala Imam Syafie juga berpendapat bahawa air tesebut tetap najis kerana salah satu sifat air akan berubah bau,rasa atau warna. Kesimpulan Kami berpandangan air itu di maafkan sekiranya ia tidak merubah sifat air. Sekiranya ia berbau, atau berubah warna atau berubah rasa maka air itu dikira sebagai Najis.

Apakah Hukum Solat Tahiyyatul Masjid sebelum Solat Raya?

Hukum solat tahiyyatul Masjid sebelum dan selepas solat raya aidil fitri atau aidil adha menurut mazhab syafie ialah sunat . Makruh bagi seseorang Imam Bagi seorang Imam tidak di anjurkan solat sunat tahiyyatul Masjid, kerana sebelum solat aidil fitri atau aidil adha, dia akan ditunggu dan selepas solatnya ia akan membaca khutbah. Rujukan 1. Raudhotut Tholibin - Imam Nawawi 2. Hawi Al Kabir - Imam Mawardi